Pengenalan orienteering
- Orienteering merupakan aktiviti pandu arah yang bergerak
dari satu tepat ke satu tempat yang lain.
- Orienteering bermaksud peta, hutan dan advanture meliputi
pelbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan.
- Dilakukan
secara individu atau kumpulan berpandukan peta dan kompas.Memerlukan
perkiraan yang tepat bagi mengesan sesuatu kedudukan.
- Merupakan
sejenis sukan yang memerlukan peserta untuk berfikir dengan pantas.
- Memerlukan
koordinasi mental dan fizikal yang baik.
Sejerah / latar belakang orienteering
- Mula
diperkenalkan dalam kalangan tentera di Sweden pada tahun 1918
- Telah
dipopularkan oleh Major Ernst Killander kepada orang awam dengan
mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetitif
- Pada
1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering
Federation-IOF) ditubuhkan di Copenhagen.
- IOF
disertai dengan keahlian sepuluh buah negara-Bulgaria,Chezchlovakia,Finland,Denmark,Hungary,Jerman,Norway,Sweden
dan Switzerland.
- Official
European Championship pertama telah diadakan pada tahun 1962.
Sejarah orienteering Malaysia
- Mula
diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau
Pinang pada tahun 1983
- Diikuti
dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah
Persekutuan
- Kejohanan
Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1988.
- Malaysia
bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992
- Persatuan
Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994
- MOA
cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan
dibuhkan pada tahun 1996
- MOA
cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.
Sebab orienteering diperkenalkan di Malaysia.
- Dijadikan
sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular
- Sebagai
modul dalam pendidikan dan latihan
- Membina
keyakinan diri dan sikap positif
- Menguji
ketahanan mental dan fizikal
- Boleh
digunakan dalam operasi menyelamat.
Peralatan orienteering
- Peta
utama ( master plan )
- Peta
adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara.
- Mempunyai
tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan
memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan
berkenaan.
- Peta orieentering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
Kandungan peta orienteering
- Tajuk
peta
- Arah
Utara
- Skala
- Petunjuk
peta
- Garisan
melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja
Warna simbol-simbol dalam peta:
Hitam - Ciri-Ciri buatan manusia
Biru - Ciri-ciri air
Perang - Ciri-ciri kontor dan jalanraya
Putih - Keadaan tumbuhan; hutan – berlari
Hijau - Keadaan tumbuhan ; hutan – berjalan/redah
Kuning - Keadaan tumbuhan ; terbuka
Biru - Ciri-ciri air
Perang - Ciri-ciri kontor dan jalanraya
Putih - Keadaan tumbuhan; hutan – berlari
Hijau - Keadaan tumbuhan ; hutan – berjalan/redah
Kuning - Keadaan tumbuhan ; terbuka
Peta orienteering |
Kompas orienteering |
Kompas ialah alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetic yang berwarna hitam dan merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau darjah. Kompas berfungsi kerana adanya medan mangnetic.
Kegunaan kompas
- Menentukan
arah perjalanan
- Menyelaraskan
peta
- Mengira
jarak jauh
- Menentukan
arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
- Membantu
menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).
Penanda kawalan
- Tujuannya
bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
- Suatu
objek yang diperbuat daripada kain berwarna oren muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
- Mempunyai
kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik digunakan
untuk menebuk kad kawalan setiap peserta.
- Setiap
kod untuk penanda kawalan adalah unik iaitu tidak ada penanda kawalan yang
mempunyai kod yang sama. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba
di titik kawalan yang betul.
- Peraturan
IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.
Kad kawalan
- Setiap
peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan sehingga tamat pertandingan.
- Dalam
kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
- Peserta
perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan khas dengan menggunakan penebuk
yang tersedia bersama penanda kawalan.
- Kad
ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk
dicatatkan masa penamat.
Peralatan orienteering
Jam Randik
- Digunakan
untuk mencatatkan masa pertandingan
Wisel
- Digunakan
ketika ahli kumpulan hilang.
Sepanduk
- Digunakan
untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
Peti pertolongan
cemas.
- Peti
pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta
yang mendapat cedera ringan.
Pemilihan kawasan
- Bentuk
Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa,
pemilihan laluan, cara mengatasi halangan.
- Kemudahan: Maklumat seperti terdapatnya klinik /
hospital, balai polis, rumah tumpangan, kedai yang berdekatan dengan
kawasan aktiviti dijalankan.
- Secara
amnya orienteering dilakukan di kawasan hutan yang tidak mempunyai
semak.
- Sebahagian
besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana peserta boleh berlari
kerana aktiviti orienteering memerlukan peserta yang berlari
bukannya merendah di hutan yang tebal lagi bersemak.
- Di
Malaysia aktiviti ini lazimnya dijalankan di kawasan kebun getah, kebun
kepala sawit, hutan simpan, dan mana2 kawasan yang sesuai.
- Tapak
rekreasi dan taman tasik sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti
ini dan kurang berpengalaman atau untuk latihan.
Teknik penyediaan peta
Menentukan titik
kawalan diatas peta.
- Titik
kawalan ialah satu tanda kedudukan yang perlu disediakan diatas peta bagi
menunjukkan kedudukan yang perlu dilawati peserta.
- Titik kawalan ini mempunyai ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
- Landasan
ini dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta lain.
- Landasan ialah petunjuk arah perjalanan peserta dari titik kawalan yang pertama dan seterusnya sehingga ke titik kawalan yang terakhir.
- Titik
permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik
kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik
penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’
adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Pada 16 Mei 2014 (Jumaat) kami ahli Kelab Reakrasi UiTM Kedah telah belajar teori dan melakukan latihan amali orienteering ini. Bilangan ahli kelab seramai 16 orang telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan bagi menjalankan amali orienteering. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah kompas orienteering.
Titik permulaan bermula di tengah bangunan blok C UiTM Kedah, kedua-dua kumpulan bermula di situ seterusnya meneruskan perjalanan ke checkpoint pertama. Pada checkpoint tersebut kami berpisah dengan kumpulan yang lain satu kumpulan ke timur, dan satu kumpulan ke barat. Pada aktiviti orienteering kali ini, terdapat 3 checkpoint dan setiap checkpoint terdapat klu serta soalan untuk ke destinasi seterusnya.
Titik permulaan bermula di tengah bangunan blok C UiTM Kedah, kedua-dua kumpulan bermula di situ seterusnya meneruskan perjalanan ke checkpoint pertama. Pada checkpoint tersebut kami berpisah dengan kumpulan yang lain satu kumpulan ke timur, dan satu kumpulan ke barat. Pada aktiviti orienteering kali ini, terdapat 3 checkpoint dan setiap checkpoint terdapat klu serta soalan untuk ke destinasi seterusnya.
Memulakan langkah ke checkpoint pertama |
Ahli kumpulan kami |
Ketua kumpulan meneruskan langkah ke checkpoint kedua di ikuti oleh ahli kumpulan yang lain |
Sedang mencari koordinat yang betul untuk ke checkpoint seterusnya |
Usaha mencari klu di checkpoint terakhir |