DEFINISI
Aerobik berasal dari kata aero yang bererti oksigen. Ia adalah senaman yang melibatkan penggunaan oksigen dalam badan atau tenaga-proses penjanaan. Ia merupakan serangkaian gerak yang dipadukan dengan irama musik yang telah dipilih dengan durasi tertentu. Ia merupakan suatu sistem latihan fisik yang bertujuan untuk meningkatkan efisiensi kemasukan oksigen di dalam jaringan tubuh. Kemasukan oksigen ini ditentukan oleh kapasiti maksimum paru-paru saat menghirup udara.
SEJARAH
SENAM AEROBIK
Dr.
Kenneth Cooper memperkenalkan aerobik pada dunia pada tahun 1960-an. Pada tahun
1970-an tarian aerobik berubah sejak tarian ini semakin popular. Tarian –
tarian ini diadakan di gereja , pusat
rekreasi, kelab dan juga sekolah . Konsep aerobik ini telah meluas
dengan adanya pelbagai jenis latihan antaranya latihan dengan kerusi, low impact, high / low impact, step dan
juga slide aerobic.
1.0 JENIS-JENIS AEROBIK
1.1 AEROBIK
BERISIKO RENDAH (LOW-IMPACT AEROBICS)
Low-impact
tidak mencakupi kegiatan yang dapat membahayakan tulang dan sendi seperti
melompat dan lenturan. Gerakan yang dilakukan memiliki intensiti yang lebih
rendah, sehingga mengurangi risiko cedera. Dalam olahraga ini, satu atau kedua
kaki harus selalu menyentuh lantai.
Aerobik
low-impact sangat ideal untuk manula,
penderita obesitI dan kelebihan berat badan serta wanita hamil.
1.2 AEROBIK
BERISIKO TINGGI (HIGH-IMPACT AEROBICS)
Aerobik
high-impact menggunakan gerakan yang
berbeza, seperti gerakan melompat, berputar, menyeret, penggandaan, dan
lain-lain. Gerakan ini berfungsi untuk membentuk kawasan perut, betis, dan juga
sistem kardiovaskular.
Bagi
mereka yang lincah dan aktif, maka aerobik high-impact
mungkin pilihan yang terbaik. Tapi jika mereka baru diperingkat permulaan, maka
dinasihatkan untuk mengikuti aerobik low-impact.
Perlu diingat bahawa saranan doktor sangatlah penting!
1.3 STEP AEROBIK
Step aerobik menggunakan
bangku (step bench) dalam pelaksanaannya. Jenis aerobik seperti ini berisiko
rendah. Ada penelitian yang menunjukkan bahawa step aerobik dapat membantu seseorang dalam mengurangi berat badan.
Secara keseluruhan, proses atau olahraga ini didedikasikan untuk kekuatan tubuh
di bahagian bawah. Aerobik jenis ini lain dari yang lain dengan adanya
penggunaan alatan. Ianya menjadi lebih menarik untuk dipelajari dan dicontohi. Selain
itu, terdapat juga alatan lain yang boleh digunakan seperti kerusi dan bola.
1.4 AEROBIK
KICKBOXING
Ini
adalah salah satu olahraga yang paling efektif untuk menurunkan berat badan. Meskipun,
aerobik kickboxing memenatkan, tapi kesannya pada tubuh sangatlah besar. Olahraga
ini jelas dapat membantu dalam membina lebih banyak tenaga dan stamina yang
lebih lama. Aerobik kickboxing dapat
membakar sekitar 800 kalori dalam satu jam. Tangan dan kaki merupakan anggota
penting dalam aerobik jenis ini. Kedua-dua anggota ini haruslah bebas daripada
sebarang rekod kecederaan lama bagi mengelakkan kecederaan kerana tekanan yang
berlebihan dikenakan keatas anggota tersebut semasa latihan.
1.5 AEROBIK
AIR (WATER AEROBICS)
Ada lagi
aerobik yang berisiko rendah tetapi memberikan hasil yang besar, baik untuk
penurunan berat badan mahupun meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, iaitu
aerobik air. Menurut para ahli, aerobik ini membakar kalori lebih cepat
dibandingkan dengan olahraga yang menyentuh lantai kerana gerakan yang
dilakukan adalah dengan melawan kekuatan air. Tekanan air membuat seseorang itu
menggunakan kekuatan yang lebih berbanding ketika berada di daratan.
2.0 JENIS-JENIS LATIHAN DAYA TAHAN AEROBIK
Contoh aktiviti senam aerobik
video senam aerobik kanak-kanak