Wednesday 11 June 2014

IKHTIAR HIDUP


DEFINISI

Ikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Ikhtiar hidup juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam pendidikan luar. Aktiviti ini diadakan bagi menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta. Hal ini merujuk kepada takrifan ikhtiar hidup itu sendiri dimana ianya membawa maksud usaha untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting. Selain itu, ikhtiar hidup juga merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

TUJUAN/ OBJEKTIF IKHTIAR HIDUP

Kognitif
  •  Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di    hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
  •  Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan,  tempat perlindungan dan punca-punca air.
  •  Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani    ikhtiar hidup.
Psikomotor

  • Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya.
  • Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk  terus hidup.
  • Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang    kurang baik.

Afektif

  • Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
  • Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab.
  • Memperkembangkan minat terhadap alam semula jadi dan dapat menikmati keindahannya.

Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.

Prinsip Ikhtiar Hidup:

  • Keselamatan
  • Usaha
  • Kawalan diri
  • Kerjasama

1. Keselamatan
Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa.

Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan.

Contoh – Memakan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar.

Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika anda tidak mempedulikan soal keselamatan.


2. Usaha
Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi.Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu.Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda.Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikhtiar hidup mereka. Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu.

3. Kawalan Diri
Kawalan diri sangatlah penting dilakukan supaya segala tindakan dan keputusan dapat memberikan keputusan yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.

4. Kerjasama
Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.

Pada hari Jumaat bersamaan 4 April 2014 kami ahli Kelab Rekreasi UiTM Kedah telah menjalankan amali ikhtiar hidup. Lokasi yang menjadi pilihan Pn Faridah selaku penasihat Kelab Rekreasi ialah di persekitaran tasik di dalam kawasan UiTM, kami mula berkumpul pada jam 2.00pm. 

Untuk amali kali ini, kami ditugaskan untuk memasak menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan arang dan kayu api. Tujuan amali ini diadakan adalah untuk melatih pelajar cara untuk memasak jika kita berada di dalam hutan.


Arang
Ranting kayu yang dijadikan kayu api

Kumpulan kami mengambil masa yang agak lama untuk menghidupkan api kerana keadaan sekeliling yang agak berangin serta kurang kemahiran tentang cara untuk menghidupkan api. Berkat kerjasama dan kesabaran ahli kumpulan, akhirnya kami berjaya juga menghidupkan api dan seterusnya mula memasak. 

Setiap kumpulan perlu menyediakan nasi, satu juadah utama iaitu terdiri daripada protein yang perlu di bakar (ayam, ikan, daging), sejenis sayur, dan satu hidangan tambahan sebagai penambah selera. Kumpulan kami telah memilih untuk menyediakan ikan bakar, air asam, sayur petola, air asam dan juga sambal sardin. 


Nasi putih

Ikan bakar
Sardin

Sayur petola

Air asam
Setiap juadah akan dirasa dan dinilai oleh Puan Faridah, 10 markah akan diberikan kepada setiap kumpulan bagi aktiviti amali ikhtiar hidup ini. Penilaian markah adalah dinilai berdasarkan teknik memasak, kerjasama kumpulan, kekemasan hidangan, dan juga kebersihan kawasan persekitaran memasak. 

Jom tengok beberapa gambar kami memasak!


                                        selepas memasak


                                            tadaaaaaa!!!! inilah hasilnya


                                                               

Puan Faridah rasa makanan yang kami masak