Wednesday 11 June 2014

ORIENTEERING

Pengenalan orienteering

  • Orienteering merupakan aktiviti pandu arah yang bergerak dari satu tepat ke satu tempat yang lain.
  • Orienteering bermaksud peta, hutan dan advanture meliputi pelbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan.
  • Dilakukan secara individu atau kumpulan berpandukan peta dan kompas.Memerlukan perkiraan yang tepat bagi mengesan sesuatu kedudukan.
  • Merupakan sejenis sukan yang memerlukan peserta untuk berfikir dengan pantas.
  • Memerlukan koordinasi mental dan fizikal yang baik.

 Sejerah / latar belakang orienteering

  • Mula diperkenalkan dalam kalangan tentera di Sweden pada tahun 1918
  • Telah dipopularkan oleh Major Ernst Killander kepada orang awam dengan mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetitif
  • Pada 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation-IOF) ditubuhkan di Copenhagen.
  • IOF disertai dengan keahlian sepuluh buah negara-Bulgaria,Chezchlovakia,Finland,Denmark,Hungary,Jerman,Norway,Sweden dan Switzerland.
  • Official European Championship pertama telah diadakan pada tahun 1962.

Sejarah orienteering Malaysia

  • Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983
  • Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan
  • Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1988.
  • Malaysia bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992
  • Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994
  • MOA cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan dibuhkan pada tahun 1996
  • MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

Sebab orienteering diperkenalkan di Malaysia.

  • Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular
  • Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan
  • Membina keyakinan diri dan sikap positif
  • Menguji ketahanan mental dan fizikal
  • Boleh digunakan dalam operasi menyelamat.

Peralatan orienteering
  1. Peta utama ( master plan )
  • Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.
  • Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
  • Peta orieentering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. 

Kandungan peta orienteering

  • Tajuk peta
  • Arah Utara
  • Skala
  • Petunjuk peta
  • Garisan melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja

Warna simbol-simbol dalam peta:

Hitam  - Ciri-Ciri buatan manusia
Biru     - Ciri-ciri air
Perang - Ciri-ciri kontor dan jalanraya
Putih    - Keadaan tumbuhan; hutan – berlari
Hijau    - Keadaan tumbuhan ; hutan –   berjalan/redah
Kuning - Keadaan tumbuhan ; terbuka

Peta orienteering
Kompas orienteering

Kompas ialah alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetic yang berwarna hitam dan merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau darjah. Kompas berfungsi kerana adanya medan mangnetic.

Kegunaan kompas

  • Menentukan arah perjalanan
  • Menyelaraskan peta
  • Mengira jarak jauh
  • Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
  • Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

 Penanda kawalan

  • Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
  • Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna oren muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
  • Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik digunakan untuk menebuk kad kawalan setiap peserta.
  • Setiap kod untuk penanda kawalan adalah unik iaitu tidak ada penanda kawalan yang mempunyai kod yang sama. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik kawalan yang betul.
  • Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.

 Kad kawalan

  • Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan sehingga tamat pertandingan.
  • Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
  • Peserta perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan khas dengan menggunakan penebuk yang tersedia bersama penanda kawalan.
  • Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

Peralatan orienteering

Jam Randik
  • Digunakan untuk mencatatkan masa pertandingan
Wisel
  • Digunakan ketika ahli kumpulan hilang.
Sepanduk
  • Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
Peti pertolongan cemas.
  • Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat cedera ringan.

Pemilihan kawasan

  • Bentuk Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa, pemilihan laluan, cara mengatasi halangan.
  • Kemudahan: Maklumat seperti terdapatnya klinik / hospital, balai polis, rumah tumpangan, kedai yang berdekatan dengan kawasan aktiviti dijalankan.
  • Secara amnya orienteering dilakukan di kawasan hutan yang tidak mempunyai semak.
  • Sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana peserta boleh berlari kerana aktiviti orienteering memerlukan peserta yang  berlari bukannya merendah di hutan yang tebal lagi bersemak.
  • Di Malaysia aktiviti ini lazimnya dijalankan di kawasan kebun getah, kebun kepala sawit, hutan simpan, dan mana2 kawasan yang sesuai.
  • Tapak rekreasi dan taman tasik sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti ini dan kurang berpengalaman atau untuk latihan.

Teknik penyediaan peta

 Menentukan titik kawalan diatas peta.
  • Titik kawalan ialah satu tanda kedudukan yang perlu disediakan diatas peta bagi menunjukkan kedudukan yang perlu dilawati peserta.
  • Titik kawalan ini mempunyai ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
Melukis landasan laluan diatas peta.
  • Landasan ini dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta lain.
  • Landasan ialah petunjuk arah perjalanan peserta dari titik kawalan yang pertama dan seterusnya sehingga ke titik kawalan yang terakhir.
Tanda – tanda titik yang berkenaan landasan.
  • Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
  • Titik kawalan dengan tanda bulatan.
  • Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
  • ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Pada 16 Mei 2014 (Jumaat) kami ahli Kelab Reakrasi UiTM Kedah telah belajar teori dan melakukan latihan amali orienteering ini. Bilangan ahli kelab seramai 16 orang telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan bagi menjalankan amali orienteering. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah kompas orienteering. 

Titik permulaan bermula di tengah bangunan blok C UiTM Kedah, kedua-dua kumpulan bermula di situ seterusnya meneruskan perjalanan ke checkpoint pertama. Pada checkpoint tersebut kami berpisah dengan kumpulan yang lain satu kumpulan ke timur, dan satu kumpulan ke barat. Pada aktiviti orienteering kali ini, terdapat 3 checkpoint dan setiap checkpoint terdapat klu serta soalan untuk ke destinasi seterusnya. 


Memulakan langkah ke checkpoint pertama 



Ahli kumpulan kami
Ketua kumpulan meneruskan langkah ke checkpoint kedua di ikuti oleh ahli kumpulan yang lain

Sedang mencari koordinat yang betul untuk ke checkpoint seterusnya


Usaha mencari klu di checkpoint terakhir