Wednesday 11 June 2014

SIMPULAN & IKATAN


PENGENALAN


Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. Sukar di kesan, siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. Dipercayai penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan. 


i. Simpulan (knotting)

Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.

ii. Ikatan (lashing)

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak 

iii. Sambat (splicing)

Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata. 

iv. Mematikan hujung tali (whipping) 

Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik.



1) Buku Sila
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.



2) Simpul Manuk
Ikatan Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya. Ia mudah diikat,disimpulkan dan mudah ditanggalkan atau dibuka.



3) Tindih kasih
 Simpulan tindih kasih Idigunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang  supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh  ke dalam sungai.



 4) Simpulan Pengail
Simpulan ini sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus atau licin seperti tali tangsi.


5) Figure of 8 Follow through
Simpulan ini penting untuk dipelajari sebagai pendaki. Ini adalah yang terbaik untuk mengikat tali kerana simpulan yang kuat digunakan untuk mendaki. Simpulan ini juga digunakan untuk memperkukuhkan lagi sesuatu ikatan.


6) Figure of 8
Simpulan Ikatan ini adalah permulaan bagi figure of 8. Ikatan ini digunakan sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah. Ia juga untuk menahan tali tidak tercabut dari blok takal dan lebih berguna kerana mudah dibuka.