Wednesday 11 June 2014

KAYAK







JENIS KAYAK

1) MANDESTA (berbentuk V)
Bahagian bawah (hull) berbentuk V bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Menggunakan perahu jenis ini memerlukan keseimbangan yang tinggi dan kayak jenis ini digunakan dalam pertandingan.

2) Ottersport (berbentuk U)
Bahagian bawah kayak ini berbentuk U atau rata. Kayak jenis ini amat stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru dalam aktiviti berkayak. Bawahnya rata dan pergerakan agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.

3) Slalom (berbentuk O)
Bahagian bawah dan atas kayak ini berbentuk O atau bulat. Kayak jenis ini selalu digunakan di arus deras. Dari bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.

PERBEZAAN KAYAK DAN KANU



BIL.
PERBEZAAN
KAYAK
KANU
1.
Kayak merupakan pecahan daripada keluarga kanu.
Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.
2.
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup.
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka.
3.
Kayak dikayuh menggunakan dua bilah mata dayung di sebelah kiri dan kanan.
Bilah kanu dikayuh dengan menggunakan satu bilah mata dayung.
4.
Untuk menunggang kayak, bilah perlu di dayung dengan duduk secara berlunjur.
Semasa menunggang kanu pula, bilah perlu di dayung secara duduk berlutut.
5.
Bilah senang dan cepat untuk dikawal kerana bilah boleh terus di dayung tanpa dialihkan ke kiri ata ke kanan.
Susah dikawal sedikit kerana bilah perlu diaihkan ke kanan ata ke kiri untuk mendayung.
6.
Bilah di dayung menggunakan kedua-dua belah tangan pada kanan dan kiri kayak pada satu-satu masa.
Kanu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mendayung samada di kiri atau kanan pada satu masa.
7.
Contoh: kayak polo
Contoh: sampan