Wednesday 11 June 2014

SENAM AEROBIK




DEFINISI

Aerobik berasal dari kata aero yang bererti oksigen. Ia adalah senaman yang melibatkan penggunaan oksigen dalam badan atau tenaga-proses penjanaan. Ia merupakan serangkaian gerak yang dipadukan dengan irama musik yang telah dipilih dengan durasi tertentu. Ia merupakan suatu sistem latihan fisik yang bertujuan untuk meningkatkan efisiensi kemasukan oksigen di dalam jaringan tubuh. Kemasukan oksigen ini ditentukan oleh kapasiti maksimum paru-paru saat menghirup udara.

SEJARAH SENAM AEROBIK
Dr. Kenneth Cooper memperkenalkan aerobik pada dunia pada tahun 1960-an. Pada tahun 1970-an tarian aerobik berubah sejak tarian ini semakin popular. Tarian – tarian ini diadakan di gereja , pusat  rekreasi, kelab dan juga sekolah . Konsep aerobik ini telah meluas dengan adanya pelbagai jenis latihan antaranya latihan dengan kerusi, low impact, high / low impact, step dan juga slide aerobic.

1.0  JENIS-JENIS AEROBIK
1.1 AEROBIK BERISIKO RENDAH (LOW-IMPACT AEROBICS)
Low-impact tidak mencakupi kegiatan yang dapat membahayakan tulang dan sendi seperti melompat dan lenturan. Gerakan yang dilakukan memiliki intensiti yang lebih rendah, sehingga mengurangi risiko cedera. Dalam olahraga ini, satu atau kedua kaki harus selalu menyentuh lantai.
Aerobik low-impact sangat ideal untuk manula, penderita obesitI dan kelebihan berat badan serta wanita hamil.

1.2 AEROBIK BERISIKO TINGGI (HIGH-IMPACT AEROBICS)
Aerobik high-impact menggunakan gerakan yang berbeza, seperti gerakan melompat, berputar, menyeret, penggandaan, dan lain-lain. Gerakan ini berfungsi untuk membentuk kawasan perut, betis, dan juga sistem kardiovaskular.
Bagi mereka yang lincah dan aktif, maka aerobik high-impact mungkin pilihan yang terbaik. Tapi jika mereka baru diperingkat permulaan, maka dinasihatkan untuk mengikuti aerobik low-impact. Perlu diingat bahawa saranan doktor sangatlah penting!

1.3 STEP AEROBIK
Step aerobik menggunakan bangku (step bench) dalam pelaksanaannya. Jenis aerobik seperti ini berisiko rendah. Ada penelitian yang menunjukkan bahawa step aerobik dapat membantu seseorang dalam mengurangi berat badan. Secara keseluruhan, proses atau olahraga ini didedikasikan untuk kekuatan tubuh di bahagian bawah. Aerobik jenis ini lain dari yang lain dengan adanya penggunaan alatan. Ianya menjadi lebih menarik untuk dipelajari dan dicontohi. Selain itu, terdapat juga alatan lain yang boleh digunakan seperti kerusi dan bola.

1.4 AEROBIK KICKBOXING
Ini adalah salah satu olahraga yang paling efektif untuk menurunkan berat badan. Meskipun, aerobik kickboxing memenatkan, tapi kesannya pada tubuh sangatlah besar. Olahraga ini jelas dapat membantu dalam membina lebih banyak tenaga dan stamina yang lebih lama. Aerobik kickboxing dapat membakar sekitar 800 kalori dalam satu jam. Tangan dan kaki merupakan anggota penting dalam aerobik jenis ini. Kedua-dua anggota ini haruslah bebas daripada sebarang rekod kecederaan lama bagi mengelakkan kecederaan kerana tekanan yang berlebihan dikenakan keatas anggota tersebut semasa latihan.

1.5 AEROBIK AIR (WATER AEROBICS)
Ada lagi aerobik yang berisiko rendah tetapi memberikan hasil yang besar, baik untuk penurunan berat badan mahupun meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, iaitu aerobik air. Menurut para ahli, aerobik ini membakar kalori lebih cepat dibandingkan dengan olahraga yang menyentuh lantai kerana gerakan yang dilakukan adalah dengan melawan kekuatan air. Tekanan air membuat seseorang itu menggunakan kekuatan yang lebih berbanding ketika berada di daratan.


2.0 JENIS-JENIS LATIHAN DAYA TAHAN AEROBIK








    Contoh aktiviti senam aerobik



video senam aerobik kanak-kanak